DILUAR PAGAR, ADA POKOK CEMPEDAK,
NAK JOLOK BUAH, KENA GUNA GALAH,
KALAU PHOTOSHOOT, SAYA MASIH BUDAK,
MOHON BETULKAN, JIKA SAYA BUAT SALAH.
Baru melangkah ke dunia Fotografi pada bulan Oktober 2010, bersama seunit Nikon DSLR D3000 dan dari situ saya bermula dengan pre-wedding pelanggan Busana Pengantin (http://busanapengantin.weebly.com/) milik isteri saya dan di bantu oleh Zang (http://lensaputeh.blogspot.com/) di mana, banyak yang beliau telah tunjuk ajar. terima Kasih Boss.
Dan masih terus bersama Kamera ini dan terus belajar.
-----------------------------------------------------------------
Alhamdulillah pada bulan Jun 2011, dengan izin Allah, seunit Nikon D7000 di dalam tangan. namun, Nikon D3000 terpaksa di jual untuk pelaburan seterusnya. dan sehingga hari ini (21 Julai 2011) berbagai teknik baru dan sudut baru di terokai.
Terima kasih kepada Wife yang banyak menyokong Hobi saya ini. dan beliau berpuas hati kerana ada peningkatan pada kualiti gambar pelanggan yang di ambil.
-----------------------------------------------------------------
Terkenang... Niat saya menceburi bidang fotografi ini kerana memahami, tidak semua dari kita mampu mengeluarkan belanja yang besar untuk mengupah seorang jurugambar.
Jika anda ingin tahu, majlis pernikahan dan sanding saya dan isteri Siti Fatimah (http://saints-scarves.blogspot.com) kami tidak terjumpa seorang pun jurugambar yang boleh mengabadikan hari istimewa kami kerana semua yang kami hubungi pada waktu itu (Mei 2009) semuanya melebihi kemampuan kami pada waktu itu.
Sehingga sekarang, (Oktober 2011) kami belum memiliki sebuah album pernikahan pun... jadi, saya memahami permasalahan yang melanda sesetengah bakal pengantin...
Dan, Saya sedia mengabadikan hari bahagia anda, mengikut kemampuan anda...